Friday, 11 December 2015

HAYATILAH NASIHAT KUBUR KEPADA MANUSIA


RUMAH YANG SENTIASA DILUPAKAN - TEMPAT PERSEMADIAN KITA SELEPAS INI

1.   Di dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman tentang azab kubur.  Antaranya ialah dalam surah-surah berikut:

          1.1.   Surah At-Taubah[Pengampunan] (9:101) yang berbunyi:


“Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu  itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.”

1.2.   Surah Al-Mukmin [Orang Mukmin](40:46) yang berbunyi: 

“Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan   pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): "Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras."

 2.     Rasulullah SAW juga pernah bersabda tentang azab kubur. 

 عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَتْ عَلَىَّ عَجُوزَانِ مِنْ عُجُزِ يَهُودِ الْمَدِينَةِ فَقَالَتَا لِى إِنَّ أَهْلَ الْقُبُورِ يُعَذَّبُونَ فِى قُبُورِهِمْ ، فَكَذَّبْتُهُمَا ، وَلَمْ أُنْعِمْ أَنْ أُصَدِّقَهُمَا ، فَخَرَجَتَا وَدَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – فَقُلْتُ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ عَجُوزَيْنِ وَذَكَرْتُ لَهُ ، فَقَالَ « صَدَقَتَا ، إِنَّهُمْ يُعَذَّبُونَ عَذَابًا تَسْمَعُهُ الْبَهَائِمُ كُلُّهَا » . فَمَا رَأَيْتُهُ بَعْدُ فِى صَلاَةٍ إِلاَّ تَعَوَّذَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْ

Dari Aisyah Radhiallahu ‘anha, dia berkata:  Suatu ketika ada dua orang tua dari kalangan orang Yahudi di Madinah datang kepadaku. Mereka berdua berkata kepadaku bahawa orang yang sudah mati diazab di dalam kubur mereka. Aku pun mengingkarinya dan tidak mempercayainya. Kemudian mereka berdua keluar. Lalu Rasulullah SAW datang menemuiku. Maka aku pun menceritakan apa yang dikatakan dua orang Yahudi tadi kepada beliau. Rasulullah  bersabda: ‘Mereka berdua benar, orang yang sudah mati akan diazab dan semua binatang ternak dapat mendengar suara azab tersebut’. Dan aku pun melihat Rasulullah sentiasa berlindung dari azab kubur setiap kali selesai solat” (Hadis Riwayat Bukhari).

3.    Berdasarkan tiga dalil di atas adalah nyata lagi saheh bahawa azab atau fitnah kubur itu adalah pasti dan wajib berlaku. Justeru, apa yang wajar dilakukan?.  Semasa hayat dikandung badan inilah masanya untuk mengerjakan amalan soleh, mencari pahala sebagai bekalan untuk di bawa pulang. Pulang ke tempat asal kita sebagai manusia. Selain dari itu untuk mencari bekalan untuk membebaskan diri kita dari fitnah dan azab kubur yang amat dahsyat.  Ingatlah bahawa kubur boleh bertukar menjadi sebahagian dari taman-taman syurga Allah untuk orang beriman kepadaNya.  Sebaliknya kubur akan menjadi sebahagian dari jurang-jurang neraka jika penghuninya terdiri dari orang yang engkar perintah Allah dan tidak mempunyai persiapan serta bekalan yang mencukupi untuk menghadapinya.

4.      Untuk posting kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya tentang Nasihat Kubur.  Baca dan hayatilah nasihat dari kubur, iaitu rumah kita selepas ini. Nasihat-nasihat itu ialah:

4.1.  “Aku adalah tempat yang paling gelap diantara yang gelap.  Justeru terangkanlah aku dengan SOLAT TAHAJJUD.

4.2.   “Aku adalah tempat yang paling sempit.  Oleh itu luaskanlah aku dengan SILATURRAHIM.

4.3.  “Aku adalah tempat yang paling sepi.  Oleh yang demikian ramaikanlah aku dengan banyak MEMBACA AL-QURAN.

4.4.  “Aku adalah tempat binatang-binatang yang menjijikkan.  Jadi, racunilah ia dengan AMALAN SEDEKAH.

4.5.   “Aku yang akan menghimpit jasadmu hingga hancur jika engkau tidak solat.  Dengan yang demikian bebaskanlah himpitan aku dengan mengerjakan SOLAT.

4.6.  “Aku adalah tempat untuk meremdam dengan cairan yang sangat menyakitkanmu. Justeru, bebaskanlah rendaman itu dengan amalan BERPUASA.

4.7. “Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya.  Maka persiapkan jawapanmu dengan membanyakkan mengucap kalimah LAILAHAILLALLAH”.

5.  Lembutkan hati ini dengan menjadikan kubur sebagai tempat yang lazim dikunjungi. Tanamkanlah dalam diri masing-masing rasa takut dan gerun kepada azab kubur.  Sesungguhnya badan kita yang terlalu kecil ini tidak akan tertanggung untuk menghadapi azab kubur.  Apa lagi ia akan berkekalan hingga hari kiamat yang entah bila akan berlaku. Persiapkanlah diri masing-masing untuk saat itu yang WAJIB akan tiba. Perlu sentiasa diingati bahawa Rasulullah memohon keampunan dari Allah SWT 100 kali sehari walaupun baginda maksum dari sebarang dosa besar ataupun kecil. 

“Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya boleh membunuh,” – Mutiara Kata Amru Al-As
Sebahagian sumber dari grup watsap MPKM

No comments:

Post a Comment