Thursday, 3 December 2015

KELEBIHAN DUDUK IFTIRASH DARI SEGI KESIHATAN


1.   Subhanallah. Maha suci Allah. Allah yang tidak ada sifat kekurangan dan kelemahan.  Setiap apa yang diperintahkanNya kepada manusia wajib ada hikmah dan kebaikannya kepada manusia.  Hanya kita manusia sahaja kadang-kadang tidak mengetahuinya.  Salah satunya ialah kedudukan masa solat, iaitu duduk iftirash semasa membaca tahayyat pertama. Ramai yang tidak mengetahui kebaikan atau hikmah duduk iftirash dari segi kesihatan.

2. Dari Abu Hamid al-Sa`idi r.a. katanya: "Aku melihat Rasulullah SAW apabila baginda duduk pada rakaat yang kedua (untuk membaca tahiyyat awal), dia duduk di atas kaki kirinya & menegakkan kaki kanan (duduk Iftirash)" (Hadis Riwayat Bukhari)

POSISI KAKI SEMASA DUDUK IFTIRASH

3.   Bila kita berada dalam posisi duduk Iftirash ini bermakna  kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki manakala kaki kiri pula dapat tekanan di bahagian bawah dan tengah kaki. Duduk Iftirash ini memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian badan sahaja.  Ini bererti ia tidak meliputi bahagian seperti otak, leher, kerongkong, jantung, voice sinus, pituitary glands dan lain-lain seperti dalam gambar refleksologi di atas. Duduk  Iftirash yang sempurna bukan sahaja dapat pahala kerana ikut sunnah Rasulullah SAW tetapi juga manfaat kesihatan yang menyeluruh.

4.      Apakah kebaikan lain yang diperolehi dari duduk iftirash ini:

4.1.  Apabila tumit kanan melentur dan dihimpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan ia dapat membantu mengeluarkan keracunan ( toksik ) dari organ hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar.

4.2.   Orang Cina kata duduk seperti ini boleh menghilangkan 21 jenis penyakit.

4.3.   Akan terlihat warna telapak kaki kita setelah duduk dalam masa lebih kurang 15 minit. Jika warnanya merah atau agak pucat bererti tubuh kita sihat. Tetapi jika warnanya kuning bererti ada petanda sakit pada badan kita.  Jika warnanya hitam menunujukkan kita mengalami sakit yang kronik.

POSISI KAKI SEMASA DUDUK TAWARRUK
4.4.  Semasa tahiyat awal, tekanan badan bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan saraf nervus ischiadius. Pada posisi ini ia menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan betul posisi ini mampu mencegah mati pucuk. Posisi telapak kaki pada kedudukan iftirash dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relak kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerakan kita.

4.5.  Sementara bagi kaum Hawa ia akan memberikan kesan kerehatan dan juga tekanan ke atas perut yang mempengaruhi bahagian rahim untuk memudahkan membuang air.

5.  Dikatakan duduk Iftirash ini juga adalah duduknya Rasulullah SAW ketika peristiwa Israk Mikraj dihadapan Allah SWT. Ia adalah duduk seorang hamba sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Aku makan sebagaimana hamba dan aku duduk sebagaimana duduknya seorang hamba”.

“Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya sedangkan orang jahil tidak begitu” – Mutiara Kata Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

2 comments:

  1. salam dato saya minta izin kongsi artikel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada masalah saudara Anwar. Memang saya buat blog saya ini untuk diambil manfaat oleh orang lain. Ia adalah kerana itulah harta saya di akhirat nanti.

      Delete