Katakanlah:
"Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu
Allah Yang mempunyai kerajaan di langit dan di bumi; tidak ada Tuhan (yang
berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah
kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan
kepada kalimah-kalimahNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu
mendapat petunjuk". {Petikan dari Surah Al-Aaraf[Tempat Yang Tinggi](7:158)}
“Dan
Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai
pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan
manusia tiada mengetahui.’ {Petikan dari Surah Saba[Kerajaan Saba](34:28)}
1. Lebih dari 1,400 tahun yang lalu Rasulullah SAW telah bersabda yang
bermaksud: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat
terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal
itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya
iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dan juga riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn
Majah).
2. Tahukah kita bahawa inilah hadis yang telah membawa kepada
pengakuan syahadah pengislaman seorang saintis muda dalam bidang fizik dari Ukraine
bernama Dr. Dimitry Boliakov. Dalam acara pengislamannya di Pusat Islam Kyiv
Ukraine, beliau menyatakan bahawa hidayahnya terbuka untuk menerima agama Islam
hasil dari kajian sains fizik yang menjadi bidang kepakaran dan pengkhususannya. Kajiannya dibuat bersama sepasukan
saintis yang diketuai oleh saintis terkenal dalam bidang kajian Vacuum Physics bernama Profesor
Nikolay Kosinikov. Beliau adalah pelopor dalam bidang tersebut.
3. Mereka membuat kajian terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori
terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi di paksinya dan mereka berjaya
mengukuhkan teori itu. Teori yang dikemukakan oleh Profesor Kosinikov merupakan
teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena putaran bumi pada paksinya.
Kumpulan pengkaji ini menyediakan sampel berupa globe yang diisi penuh dengan
cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil
dari electrode akibat caj dua elektronik. Ia menyebabkan globe yang diisi
cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerakan
ini adalah asas kepada aktiviti putaran
bumi pada paksinya.
4. Di alam realitinya, daya atau kuasa matahari merupakan kekuatan
penggerak yang melahirkan medan magnet yang menyebabkan bumi berputar pada
paksinya. Gerakan putaran bumi samada cepat atau lambat adalah seiring dengan
daya kekuatan matahari. Kajian lain menunjukkan bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970
bergerak dengan kelajuan tidak lebih dari 10 km. setahun. Walau bagaimanpun pada tahun-tahun terakhir
ini kelajuan tersebut bertambah hingga 40 km. setahun. Malah pada tahun 2001
kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam
sekali pergerakan. Ini bererti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut boleh mengakibatkan
dua kutub magnet bergantian tempat. Ini bererti bahawa gerakan putaran bumi
akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itulah matahari akan terbit
(keluar) dari Barat. Dikatakan juga paksi bumi turut berubah akibat gempa bumi
dahsyat yang melanda Jepun pada 11.3.2011 lalu.
5. Sebelum kajian tersebut
Dr.Dimitry dikatakan pernah mendengar hadis Rasulullah di atas dari
kawannya. Hadis ini mengukuhkan lagi teori kajian yang telah dibuatnya. Dimitry
mulai yakin bahawa pengetahuan dalam sabda Rasulullah itu hanya boleh didapati
dari tuhan yang mencipta alam ini sendiri. Ilmu pengetahuan dan maklumat
seperti ini tidak diperolehi Dr.Dimitry dalam mana-mana buku atau didengar dari
mana-mana orang. Ketika beliau meneliti pelbagai kitab agama lain, dia tidak menemui
satu pun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.
6. Dari Ibn ‘Abbas, Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana
jadinya matahari dan manusia setelah itu?.” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya
dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi
(tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya,
maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.”
(Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).
7. Kejadian matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu
hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, pergerakan matahari akan
kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis
NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah.
8. Sudah terlalu banyak firman Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW lebih
dari 1,400 tahun lalu telah berjaya dibuktikan benar secara saintifik dari masa
kesemasa. Pasti sahaja Allah akan melorongkan manusia untuk mengkaji fenomena
alam dan menemui kebenaran dalam firmanNya dan sabda kekasihNya. Bagi orang-orang
yang mahu mencari KEBENARAN mereka pastinya tidak akan teragak-agak untuk
menerima Islam sebagai addin. Tidak yakinkah lagi manusia dengan kebenaran agama
Islam?.
“Allah SWT telah menggariskan segala peraturan untuk kita patuhi di
dunia dan ganjarannya hanya akan diberikan di akhirat hanya jika peraturan itu
dipatuhi. Sebagaimana kita mengupah
tukang rumah untuk bina rumah, kita sudah sediakan pelan seperti yang kita
kehendaki. Jika tukang rumah tidak buat
seperti pelan yang kita sediakan, kita tidak akan bayar. Begitulah juga dengan
Allah SWT. Bagaimana Allah hendak
‘bayar’ kita dengan ganjaran jika kita
tidak patuh kepada pelan Allah SWT.” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
No comments:
Post a Comment