“Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”. {Petikan dari Surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:43)}.
1. Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud; “Sesiapa yang bersuci (berwuduk)
di rumahnya, kemudian dia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah
untuk mengerjakan solat fardhu, nescaya setiap langkahnya itu, yang satu
menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi”
(Hadis Riwayat Muslim).
2. Ubai bin Kaab berkata: “Ada seorang lelaki yang setahuku dialah
yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak
pernah ketinggalan bersolat jemaah. Kata orang kepadanya: “Alangkah baiknya
jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di
panas terik”. Dia menjawab: “Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid
kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis
Allah pahalanya bagiku”. Sabda Rasulullah SAW : “Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi kamu”. (Riwayat Muslim).
3. Bagaimana pula halnya jika kita berbasikal, bermotosikal atau
berkereta ke rumah Allah. Janganlah kita risaukan kerana Allah tetap memberikan
ganjaran pahalanya kepada kita.
Serahkanlah urusan pembalasan itu kepada Allah. Sesungguhnnya Allah maha mengetahui
segala-galanya.
4. Selain dari kelebihan yang dinyatakan di atas, di bawah ini ialah lima kebaikan berjalan kaki ke rumah Allah:
4.1. Memperolehi ketenangan mental: Jika jarak rumah Allah dengan rumah kita tidak
terlalu jauh, berjalan kaki adalah amat menyenangkan. Lebih-lebih lagi diwaktu
subuh kita dapat menghirup udara segar waktu pagi. Masa perjalanan boleh
dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain hal yang mungkin tidak
dapat dilakukan jika menaiki kenderaan. Berjalan kaki ibarat terapi untuk mengurangkan
stress. Kita juga tidak menghadapi
masalah kesesakan jalanraya ataupun kesukaran mencari tempat meletak kenderaan.
4.2. Salah satu cara bersenam: Andaikan masa
berjalan ke masjid adalah 15 minit, maka dengan perjalanan pulang ke rumah,
jumlah masa lebih kurang 30 minit. Kita memperolehi senaman ringan setiap kali pergi
dan pulang dari masjid.
4.3. Pembakaran kalori dalam badan: Berjalan kaki
adalah senaman untuk membakar kalori secara semulajadi. Sedangkan jika kita
menaiki kenderaan bermotor, pembakaran kalori tidak berlaku. Jika berjalan kaki
selama 30 minit, mungkin jumlah kalori yang telah dibakar sekitar 200 kalori. Kesempurnaan
pembakaran kalori dalam badan boleh mengawal berat badan.
4.4.
Mengelakkan pencemaran: Asap kenderaan
tidak dihasilkan jika berjalan kaki. Ia sudah tentu baik untuk alam sekitar.
4.5. Menjimatkan wang : Tidak perlu mengeluarkan
wang untuk membeli petrol. Lebih-lebih
lagi dalam keadaan harga petrol yang mahal sekarang ini.
"Kita tentunya lebih mulia dari binatang ternakan. Jika
lembu dilepaskan di padang ternak itupun kita tidak lepas saja-saja, pastinya
ada rumput yang boleh diragut dan dimakan. Jika lembu pun kita lepaskan di
tempat yang ada makanan, demikian juga Allah SWT 'lepaskan' kita di dunia, ada
'makanan' untuk kita iaitu Al-Quran. Orang yang menolak Al-Quran ialah mereka
yang menolak 'makanan rohani' yang telah disediakan oleh Allah SWT." =
Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Artikel ni bagus, dapat banyak info. Terima kasih! :D
ReplyDelete- Kabinet Tv
- Tv Kabinet
- Cat Bilik Tidur