Sunday, 7 February 2016

PERTUKARAN SIANG DAN MALAM : KEBENARAN AL-QURAN

1.   Dalam Surah Al-Hajj[Haji](22:61), Allah SWT berfirman yang berbunyi:

 22:61


“(Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasaNya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”.

2. Dalam Surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:187) pula Allah berfirman yang berbunyi:
 2:187



“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”

3. Begitulah firman-firman Allah selaku pencipta alam ini dan yang mengawal siang dan malam serta gelap dan cerahnya. Sesungguhnya bergeraknya matahari itu adalah dengan perintah Allah SWT. Matahari dan bulan itu silih berganti. Pergi matahari, datanglah bulan. Pergi bulan datanglah matahari.  Sesungguhnya kedua-duanya tidak berebut-rebut untuk menyuluh bumi ini.  Semuanya patuh kepada perintah dan ketetapan dari Allah SWT.
 
4.   Gambar di atas ini diambil oleh satelit NASA Amerika Syarikat tepat di atas bumi di bahagian utara benua Afrika dan Eropah.

5.   Gambar di bawah pula kelihatan bahagian atas Eropah Barat.  Kita dapat melihat dengan jelas United Kngdom dan Ireland.
 
6.  Pelbagai usaha dilakukan oleh saintis dan pengkaji fenomena alam dengan menggunakan satelit dan komputer.  Hanya lebih kurang  dua tahun yang lalu mereka berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan pemisahan antara siang dan malam di permukaan bumi. Perhatikan dua gambar di atas yang amat mengkagumkan kita kerana ia memperlihatkan malam dan siang serentak.

7.   Gambar-gambar di atas dirakam oleh satelit NASA ketika waktu fajar. Saintis dan para pengkaji menemui ada garisan lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Penemuan ini mengesahkan kebenaran firman Allah lebih 1,400 tahun dalam firman-firmanNya seperti di Para 1 dan 2  di atas. Subhanallah.  Maha Agung dan Maha Mengetahui Allah SWT.

8. Bukti apakah lagi yang diperlukan oleh manusia yang masih tidak beriman kepada Allah SWT dan agamaNya. Bukankah firman-firman Allah itu benar belaka.  Apakah ada kitab agama lain di muka bumi ini yang dapat menjelaskan fenomena yang tidak dapat difikirkan oleh mana-mana manusia lebih 1,400 tahun lalu.  Justeru, segeralah beriman kepada Allah sebelum berpisahnya roh dari jasad.

"Dalam perjuangan ini, idola kepada para pejuang ialah Rasulullah SAW. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan seorang yang bersifat dengan sifat fatonah (cerdik), demikianlah kita sebagai seorang pejuang, perlu bersifat dengan fatonah. Fatonahnya kita ialah dengan mempelajari semula sejarah Rasulullah SAW dan melaksanakan dalam kehidupan kita pada hari ini.” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

No comments:

Post a Comment