"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan
bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah
dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah". {Petikan dari Surah Al-Ahzab[Tentera
Ahzab](33:21)}
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk
(menjadi) rahmat bagi semesta alam”. {Petikan dari
Surah Al-Anbiyaa[Para Nabi](21:107)}.
1. Dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa
r.a,. beliau berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan
dihalalkan bagi wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ahmad).
2. Berdasarkan hadis di atas, emas dalam apapun
bentuknya sama ada emas putih, emas kuning atau apa sahaja logam pelbagai warna
yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram. Sementara itu, benda yang
dicat/disadur dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama bersependapat
bahawa hukum memakainya tidaklah haram kerana ia bukannya emas. Hanya rupa dan
warna saja kelihatan sama atau seakan-akan seperti emas. Yang diharamkan itu adalah
emas dan bukannya benda-benda yang menyerupai ataupun mirip emas.
3. Bila datangnya larangan memakai emas dari
Rasulullah SAW untuk orang lelaki lebih 1,400 tahun yang lalu, apakah manusia
ketika itu dan kemudiannya memahami apakah hikmah disebalik larangan itu yang
tidak dikenakan kepada kaum wanita.
Tentunya mereka tidak mengetahuinya.
Apa yang penting ialah mematuhi larangan Allah SWT yang disampaikan oleh
Rasulullah. Kita diajar oleh Rasulullah
untuk mematuhi setiap perintah dari Allah.
4. Kenapa kaum wanita dibenarkan memakai
barangan emas?. Ini kerana ia adalah perhiasan untuk mencantikkan diri wanita
untuk menarik perhatian suaminya. Sebaliknya ia tidak sesuai untuk kaum lelaki
yang memiliki sifat kelakiannya. Apa pun sebab sebenar yang wajib diyakini
ialah setiap perintah dari Allah mesti ada sebab musababnya. Selepas lebih dari
1,400 tahun, kini ahli sains telah menemui fakta bahawa partikel emas boleh
menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia. Akibatnya ia
berkemungkinan memberi kesan buruk kepada ketahanan badan dan seterusnya
menjejaskan kesihatan kepada pemakainya.
DR. WILLIAM SAGE RAPSON |
5. Kajian dari sudut sains menunjukkan bahawa tekstur kulit lelaki berbeza dengan kulit wanita. Kesan penggunaan emas terhadap kulit sudah dikaji oleh seorang saintis dalam bidang kimia, Dr. William Sage Rapson (14 Ogos 1912 – 25 Jun 1999). Beliau berasal dari New Zealand tetapi menetap di Afrika Selatan. Siapakah William S. Rapson?. Rapson mendapat pendidikan di Kolej Universiti Auckland sebagai Junior University Scholar, Senior University Scholar, Duffus Lubecki Scholar dan akhir sekali Sir George Grey Scholar. Dalam tahun 1933 beliau menjadi pensyarah bidang kimia di universiti berkenaan. Dalam tahun 1934 beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford dalam bidang kimia organik. Pensyarahnya ialah Professor Sir Robert Robinson. Bawah bimbingan Professor Robinson, beliau telah menyiapkan tesisnya dalam tahun 1935 ketika berusia 23 tahun. Kemudiannya beliau dilantik sebagai pensyarah dalam bidang kimia organik di Universiti Cape Town dari tahun 1935 hingga 1941. Dalam tahun 1946 menjadi professor bidang kimia selepas menjadi pensyarah kanan. Beliau dilantik menjadi pengarah pertama di National Chemical Research Laboratory of the Council for Scientific and Industrial Research (CSIR) di Pretoria. Tahun 1958 beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Presiden CSIR. Kemudiannya dilantik sebagai Penasihat Penyelidikan di Transvaal and Orange Free State Chamber of Mines, kemudiannya dipanggil The Chamber of Mines di Afrika Selatan. Dalam tahun 1978 W. S. Rapson menulis buku berjudul ‘Gold Usage’ dengan kerjasama Dr Theo Groenewald. Antara tajuk dalam buku itu ialah “Skin Contact with Gold and Gold Alloys - Effects and Possible Causes of Black Dermographism and Metal Smudge”. Dr. Rapson juga menjadi perunding di International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan.
6. Daripada penyelidikannya, W.S. Rapson
mendapati kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida. Apabila
kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi
emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikatakan
boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia. Partikel-partikel aloi emas yang
kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma
kulit. Kajian bidang dermatologi juga membuktikan penyerapan partikel emas
boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi
alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada
wanita. Oleh itu ia berupaya menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding kulit
wanita.
7. Jika partikel emas masuk menembusi kulit ia
boleh sampai kepada sistem peredaran darah.
Kesannya akan mengakibatkan pengumpulan protein yang memberi impak
kepada sistem kardiovaskular lelaki. Pasukan penyelidik di Universiti California,
San Francisco Amerika Syarikat menemui perkara yang agak mengejutkan, iaitu pengumpulan
protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan. Profesor Cynthia
Kenyon, Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di Universiti
California pula berkata pengumpulan protein boleh menyebabkan tersumbatnya saluran darah.
8. Bagaimana pula dengan kaum wanita?. Adakah pemakaian emas berbahaya kepada
mereka?. Allah jadikan wanita lebih istimewa dari lelaki kerana mereka memilki
hormon estrogen lebih banyak berbanding lelaki. Hormon ini membantu kelancaran
peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid,
saluran darah akan mengembang dan membesar untuk memudahkan kelancaran
perjalanan serta pengeluaran darah. Wanita juga mengalami pusingan haid yang mengeluarkan darah kotor dari dalam badan mereka. Estrogen lelaki pula dikatakan berkeadaan
statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita.
Dengan demikian, jika ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel
berbahaya itu boleh menyumbat saluran darah.
Oleh sebab itulah lelaki lebih ramai mengalami masalah kesihatan seperti
kardiovaskular berbanding wanita.
9. Subhanallah. Inilah sebab kenapa Allah haramkan orang
lelaki memakai emas sedangkan wanita tidak. Islam adalah agama yang memelihara penganutnya dari ditimpa masalah ataupun terkena penyakit. Sangat perlu diyakini bahawa
sesungguhnya apa jua yang ditegah oleh Rasulullah itu pasti ada sebab
musababnya. Begitulah juga jika
Rasulullah menyuruhnya pasti ia akan ada kebaikan kepada manusia. Ini adalah
satu lagi bukti kebenaran agama Islam.
Bukti nyata bahawa Allah adalah tuhan yang mencipta manusia yang
memahami perjalanan seluruh sistem organ-organ dalam badan manusia. Jika bukan
Allah yang mencipta manusia tidak mungkin Allah mengetahui apa yang ada dalam
badan wanita berbanding lelaki.
10. Satu lagi barang atau perhiasan yang dilarang dalam Islam untuk kegunaan kaum lelaki ialah kain sutera. Ikuti penjelasannya dalam artikel bertajuk; "KENAPA ISLAM HARAMKAN PEMAKAIAN KAIN SUTERA KEPADA KAUM LELAKI" yang dikeluarkan pada 29.11.2016.
10. Satu lagi barang atau perhiasan yang dilarang dalam Islam untuk kegunaan kaum lelaki ialah kain sutera. Ikuti penjelasannya dalam artikel bertajuk; "KENAPA ISLAM HARAMKAN PEMAKAIAN KAIN SUTERA KEPADA KAUM LELAKI" yang dikeluarkan pada 29.11.2016.
"Kita tanam
lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat
hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika
projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa
bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah
juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar jadi
padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat
hasil." = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
No comments:
Post a Comment