Thursday, 26 March 2015

5 KAEDAH (TIPS) UNTUK MENGUATKAN IMAN (BAHAGIAN 2)


 Lima lagi tips untuk menguatkan iman:

1.    Tanamkan perasaan takut mati dalam keadaan su'ul khatimah:

Rasa takut mati dalam keadaan su'ul khatimah (mati jahat) akan mendorong kita untuk taat kepada perintah Alah dan sentiasa menjaga iman kita. Penyebab kepada su'ul khatimah adalah lemahnya iman hingga menenggelamkan diri kita ke dalam jurang kedurhakaan kepada Allah. Akibatnya ketika sebelu, nyawa dicabut oleh Malaikat Izrail, lidah kita tidak mampu mengucapkan kalimah syahadah, laa ilaha illallah.

2.      Banyak mengingati mati:
2.1.Rasulullah SAW bersabda, "Ziarahilah kubur kerana hal itu boleh melembutkan hati, membuat mata menangis kerana mengingatkan hari akhirat, dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor." (Shahihul Jami 'no. 4584).

2.2. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Perbanyakkanlah mengingati penghapus kelazatan dunia, iaitu kematian." (Hadis Riwayat Termizi).

2.3.  Mengingatkan mati boleh mendorong kita untuk mengelakkan diri dari berbuat derhaka kepada Allah dan dapat melembutkan hati yang keras. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Kunjungilah orang sakit dan iringilah jenazah, nescaya akan mengingatkanmu kepad hari akhirat." (Shahihul Jami 'no. 4109).


2.4.  Menziarah dan melihat orang sakit yang sedang dalam keadaan sakaratul maut sangat memberi kesan kepada jiwa manusia. Ketika menziarah kubur, bayangkan keadaan orang yang sudah mati. Tubuhnya rosak membusuk. Ulat memakan daging, isi perut, lidah, dan wajah. Tulang-tulangnya mula mereput. Bayangan seperti itu jika memberi kesan di dalam hati boleh membuat kita menyegerakan taubat, menjadikan kita puas dengan apa yang kita miliki dan bertambah rajin beribadah.

3.      Mengingati kedahsyatan keadaan di hari akhirat:

3.1. Ada beberapa surah dalam Al-Quran yang menceritakan kedahsyatan hari kiamat. Misalnya surah Qaf, Al-Waqi'ah, Al-Qiyamah, Al-Mursalat, An-Naba, Al-Muththaffifin, dan At-Takwir. Begitu juga hadis-hadis Rasulullah SAW. Dengan membacanya, mata hati kita akan terbuka. Seakan-akan kita menyaksikan semua itu dan hadir di pandangan kita perkara  dahsyat yang disebutkan itu. 

3.2. Semua pengetahuan kita tentang kejadian hari kiamat, hari kebangkitan, berkumpul di Padang Mahsyar, tentang syafa'at Rasulullah SAW, hisab, pahala, qisas, timbangan, jambatan, tempat tinggal yang kekal di syurga atau neraka akan menambahkan lagi  keimanan kita.

4.      Berinteraksi dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan fenomena alam:

4.1.  Saiyiditina Aisyah pernah berkata, "Wahai Rasulullah, aku melihat orang-orang jika mereka melihat awan, maka mereka gembira kerana berharap turun hujan. Namun aku melihat engkau jika engkau melihat awan, aku melihat ketidaksukaan di wajahmu. "Rasulullah SAW menjawab, "Wahai Aisyah, aku tidak merasa aman jika di situ ada azab. Sebab ada suatu kaum yang pernah diazab kerana angin, dan ada suatu kaum yang melihat azab sambil berkata, 'Ini adalah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami'. "(Hadis Riwayat Muslim)

4.2.  Begitulah Rasulullah SAW bila berinteraksi dengan fenomena alam. Bahkan jika melihat gerhana, terlihat raut takut di wajah Rasulullah. Kata Abu Musa, "Matahari pernah gerhana, lalu Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan ketakutan. Beliau takut kerana gerhana itu merupakan salah satu tanda kiamat."

5.      Banyak Berzikir:



5.1.  Melalaikan zikirulah adalah kematian bagi hati. Tubuh kita adalah kubur sebelum kita terbujur kaku di kubur. Roh kita terpenjara. Kerana itu, orang yang ingin mengubati imannya yang lemah, harus memperbanyakkan zikirullah. Firman-firman Allah SWT dalam konteks ini ialah seperti dalam surah-surah berikut:

5.1.1. Dalam Surah Al-Kahfi[Gua](18:24) berbunyi:
 

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”

5.1.2.Dalam Surah Ar-Rad [Guruh](13:28) pula berbunyi:

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

5.2.  Ibnu Qayum pernah berkata, "Di dalam hati terdapat kekerasan yang tidak boleh cair kecuali dengan membaca zikrullah. Maka seseorang harus mengubati kekerasan hatinya dengan zikrullah." 


“Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada mereka yang menjaga lidahnya. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar”. ~ Mutiara kata Saidina Umar bin Al-Khattab


Sebahagian petikan dari www.detikislam.blogspot.com

No comments:

Post a Comment