Saturday, 14 March 2015

PENCIPTAAN MANUSIA DALAM KANDUNGAN IBU – SAINTIS MASUK ISLAM BAHAGIAN 4 (SAINTIS 1)

 

PROFESOR KEITH L. MOORE


UNIVERSITI TORONTO, KANADA
1. Professor Keith Leon Moore (PhD, DSc, FIAC, FRSM, FAAA) telah dilahirkan pada 5.10.1925 di Brantford, Ontario Kanada. Mendapat pendidikan dari Stratford Collegiate Vocational Institute, Universiti Western Ontario. Memperolehi ijazah BA tahun 1949, Master of Science tahun 1951 dan  Ph.D. dalam tahun 1954. Beliau ialah seorang professor emeritus dalam Bahagian Anatomi di Fakulti Pembedahan, Universiti Toronto, Ontario Kanada. Beliau juga merupakan Dekan Fakulti Perubatan (Sains Perubatan Asas) di universiti tersebut.  Salah seorang yang terlibat mengasaskan “The American Association of Clinical Anatomists (AACA) dan menjadi Presidennya antara tahun 1989 hingga 1991. Beliau telah menulis buku bersama Professor Arthur F. Dalley dan Professor Anne M. R. Agur yang bertajuk “Clinically Oriented Anatomy” dan “Essential Clinical Anatomy”. Beliau meninggal dunia pada tahun  2014 semasa berusia 89 tahun.
2.   Profesor Moore juga merupakan bekas President Persatuan Anatomis Kanada (Canadian Association of Anatomists) dan Persatuan Anatomis Klinikal Amerika (American Association of Clinical Anatomists). Beliau dianugerahkan  dengan anugerah berprestij J.C.B. Grant Award oleh Pertubuhan Anatomis Kanada pada tahun 1984. Beliau telah menerima anugerah Ahli Kehormat daripada Persatuan Anatomis Klinikal Amerika bagi kerja-kerja cemerlangnya dalam bidang anatomi klinikal.

3. Dalam tahun 1980 Profesor Moore telah dijemput untuk memberi ceramah tentang anatomi dan embriologi di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah Arab Saudi.  Semasa di sanalah beliau didatangi oleh pegawai dari Jawatankuasa Embriologi universiti tersebut untuk mendapatkan bantuan menafsirkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah yang berkaitan dengan kejadian manusia dan perkembangan janin bayi. Profesor Moore berkata beliau amat kagum dengan ketepatan saintifik dalam Al-Quran yang diturunkan di abad ke 7, lebih 1,400 tahun lalu. Katanya:

“Sejak hampir 3 tahun, saya sudah bekerja bersama Jawatankuasa Embriologi Universiti King Abdul Aziz di Jeddah, Arab Saudi, menolong Jawatankuasa itu memahami banyak peryataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah yang berkaitan dengan pembiakan manusia dan pembentukan bayi di dalam kandungan. Pada awal-awal lagi, adalah amat menakjubkan saya akan ketepatan penyataan yang direkodkan pada kurun ke 7 Masihi, iaitu sebelum sains embriologi dibangunkan. Meskipun saya mengetahui akan kegemilangan saintis Islam pada kurun ke 10 Masihi, dan sebahagian daripada mereka menyumbang kepada kemajuan ilmu perubatan, saya tidak tahu langsung akan kenyataan agama dan kepercaaan (berkaitan saitifik) yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah.
JANIN MANUSIA
4.Semasa menghadiri Persidangan Perubatan Ke 7 di Damman, Arab Saudi dalam tahun 1981, beliau telah berkata:

“It has been a great pleasure for me to help clarify statements in the quran about human development.  It is clear to me that these statements must have come to Prophet Muhammad from god, Allah  because most of this knowledge was not discovered until many centuries later. This proof to me that Prophet Muhammad must have been a messenger of God, Allah.”

Terjemahan : “Adalah menjadi satu penghormatan buat saya untuk membantu memahami peryataan yang terkandung di dalam Al-Quran berkenaan dengan perkembangan (pembiakan) manusia. Adalah jelas bagi saya bahawa kesemua penyataan ini mesti datang kepada Muhamad daripada Tuhan, iaitu Allah, kerana hampir kesemua ilmu pengetahuan tersebut tidak ditemui sehinggalah beberapa kurun kemudian. Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhammad sudah semestinya adalah seorang pesuruh Tuhan, Allah”.

5. Firman-firman Allah dalam surah-surah berikutlah yang telah menjadi pencetus keyakinan Professor Moore untuk mengakui bahawa Al-Quran itu bukannya datang dari Muhammad Rasulullah melainkan ia dari pencipta manusia itu sendiri, iaitu Allah SWT.

        5.1. Surah AlAlaqah [Segumpal Darah](96:1) berbunyi:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang                             menciptakan (sekalian makhluk)".

 (96:2)

"Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku." 

Dalam bahasa Arab, perkataan 'alaqah' membawa tiga maksud, iaitu (i) lintah (ii) benda yang tergantung dan (iii) darah beku.  Kajian pakar janin kini mengesahkan bahawa bentuk embrio manusia sangat mirip rupa seekor lintah.
 
BENTUK EMBRIO YANG MENYAMAI LINTAH (ALAQAH)

5.2.   Surah Az Zumar [Rombongan] (39:6) yang berbunyi:



“Dia menciptakan kamu dari satu orang, kemudian menjadikan isterinya dari dirinya sendiri. Dia turunkan untukmu lapan jenis haiwan ternakan yang berpasangan. Dia menciptakan kamu di dalam perut ibu kamu tahap demi tahap dalam tiga kegelapan.  Begitulah Allah tuhan kamu, baginya segala kerajaan, tiada tuhan baginya.  Maka kenapa kamu dipesongkan?”



5.3.  Surah Al Mukminun [Golongan Orang Beriman] (23:14) yang berbunyi:

“Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah.  Lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging.  Segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang.  Kemudian tulang belulang itu Kami balut dengan daging.  Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain.  Maha suci Allah pencipta yang paling baik”.

6.  Al-Quran menghuraikan perkembangan bayi dalam kandungan dengan terperinci.  Tulang terbentuk dahulu dan ia kemudian dibaluti oleh otot/ daging. Pada masa dahulu pakar-pakar janin (embryologist) dunia percaya bahawa tulang dan otot/daging terjadi dalam masa yang sama. Namun kini kajian saintifik moden membuktikan bahawa apa yang diterangkan dalam Al-Quran adalah benar dan tepat sekali.  Dalam bukunya yang menjadi asas rujukan terkenal dalam bidang embriologi seluruh dunia kini, iaitu The Developing of Human, Professor Moore telah menjelaskan seperti berikut:

“The shape of the skeleton determines the general appearance of the embryo  in the bones stage during the 7th week: muscles do not develop at the same time but their development follows soon after.  The muscles take their positions around the bones throughout the body and therefore cloths the bones. Thus the muscles take their well known forms and structure…… The stage of clothing with muscles occurs during the 8th week”.(third edition, page 364a)

7.  Profesor Moore ialah pakar dalam bidang kaji janin (embryologist) yang terkenal seluruh dunia. Ketepatan kandungan Al-Quran tentang penciptaan manusia seperti dalam surah-surah di ataslah yang telah mengetuk pintu hatinya dan seterusnya memperolehi hidayah dari Allah SWT untuk menganut agama Islam.




Saksikan penjelasan Profesor Moore tentang penciptaan bayi dalam kandungan ibu yang selari dengan Al-Quran


“Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah :
1. Hatinya selalu berniat suci. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
2. Kedua matanya menangis kerana penyesalan terhadap dosa.
3. Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
4. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.”
~ Mutiara kata Sayidina Uthman bin Affan


No comments:

Post a Comment