Sunday, 15 March 2015

PENCIPTAAN MANUSIA DALAM KANDUNGAN IBU – SAINTIS MASUK ISLAM BAHAGIAN 5 (SAINTIS 2)



 
PROFESOR EMIRITUS DR. T.V.N PERSAUD
                                                                                                                                           
UNIVERSITI MANITOBA
1.  Profesor Emiritus Dr. T.V.N Persaud adalah seorang profesor dalam bidang-bidang Anatomi, Paediatrics dan Kesihatan Kanak-Kanak, Obstetrics, Gynecology and Reproductive Science di Universiti Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Di sini beliau telah menjadi Pengerusi  Jabatan Anatomi selama lebih 16 tahun. Dia seorang pakar terkenal dalam bidangnya. Beliau juga merupakan seorang penulis buku yang telah menghasilkan lebih 22 buah buku dan telah menerbitkan lebih 180 buah penerbitan saintifik.

2.   Antara hasil penulisan beliau yang terkenal ialah:

2.1.“The Developing Human - Clinically Oriented Embryology)” (edisi ke 8 - bersama dengan Dr.  Keith L. Moore). 

2.2. “Early History of Human Anatomy – From Antiquity to the Beginning of the Modern Era.”  

2.3.  A History of Anatomy: The Post-Vesalian Era”.

2.4. “Before We Are Born. Essentials of Embryology and Birth Defects”. (edisi ke 6 – bersama Dr. Keith L. Moore).

3. Dalam tahun 1991, beliau menerima anugerah berprestij dalam bidang anatomi di Kanada, iaitu J.C.B. Grant Award dari Persatuan Anatomis Kanada. Profesor Persaud juga telah memasukkan beberapa firman Allah dari Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW dalam beberapa bukunya.   Apabila beliau ditanya tentang mukjizat saintifik dalam Al-Quran  yang beliau selidiki, Profesor Persaud berkata seperti berikut:

“Muhammad tidak boleh menulis dan membaca.  Seeorang yang genius pun tidak akan mampu membuat pernyataan yang menakjubkan dan tepat tentang fakta kebenaran ilmiah. Dan semua yang tertulis di dalam Al-Quran pasti sebuah kebenaran, yang dapat dibuktikan dengan kajian  ilmiah.  Adalah tidak menyulitkan akal saya untuk menerima dan mengatakan bahwa Al-Qur'an adalah wahyu ilahi.”

4.   Beliau pernah berkata:

“Bagi saya, Muhamad nampak seperti seorang manusia biasa, dia tidak boleh membaca, dia tidak boleh menulis, malah, dia juga seorang yang buta huruf…” “Kita sedang bercakap mengenai 1400 tahun yang lalu, dan kamu mempunyai seorang yang buta huruf menyatakan sesuatu yang amat menakjubkan iaitu bertepatan dengan hokum saintifik…” “Saya secara peribadi, tidak nampak bahawa semua ini adalah kebetulan, kerana terlalu banyak fakta yang amat tepat dan seperti Dr. Moore, saya tidak mempunyai masalah untuk menyatakan bahawa semua ini berinspirasikan daripada sesuatu yang suci yang membolehkan dia menyatakan kesemua pernyataan ini.”


5.   Firman-firman Allah seperti berikut menyakinkan Dr. Persaud bahawa Al-Quran adalah wahyu dari tuhan yang mencipta manusia, iaitu Allah SWT:

 5.1.   Surah Az Zumar [Rombongan] (39:6) yang berbunyi:


 “Dia menciptakan kamu dari satu orang, kemudian menjadikan isterinya dari dirinya sendiri. Dia turunkan untukmu lapan jenis haiwan ternakan yang berpasangan. Dia menciptakan kamu di dalam perut ibu kamu tahap demi tahap dalam tiga kegelapan.  Begitulah Allah tuhan kamu, baginya segala kerajaan, tiada tuhan baginya.  Maka kenapa kamu dipesongkan?”

 5.2.  Surah Al Mukminun [Golongan Orang Beriman] (23:14) yang berbunyi:



 “Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah.  Lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging.  Segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang.  Kemudian tulang belulang itu Kami balut dengan daging.  Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain.  Maha suci Allah pencipta yang paling baik."

6.  Seperti Professor Keith L. Moore, beliau juga telah bersyahadah setelah mendapat hidayah Allah dan menganut agama Islam yang maha suci.  Allahuakbar! 


                                Saksikan penjelasan Profesor Persaud 
                                          tentang kebenaran Al-Quran


“Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya. Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’. Sedang orang yang tidak wara’ itu berarti hatinya telah mati.” ~ Mutiara kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah
 

No comments:

Post a Comment