Tuesday, 17 March 2015

PENCIPTAAN MANUSIA DALAM KANDUNGAN IBU – SAINTIS MASUK ISLAM BAHAGIAN 7 (SAINTIS 4)

 
PROFESOR DR. JOE LEIGH SIMPSON
1.    Profesor Dr. Joe Leigh Simpson mendapat pendidikan dan latihan awal dalam bidang perubatan di Universiti Duke.  Kemudiannya mendapat latihan dalam bidang Obstetrics and Gynecology dan dalam bidang Pediatrics dari Kolej Perubatan, Universiti Cornell New York City. Profesor Dr. Simpson ialah Pengerusi Jabatan Obstetrics dan Gynaecology dan Professor Molecular dan Human Genetics, Kolej Perubatan Baylor, Houston, Texas, Amerika Syarikat. Beliau adalah Presiden American Fertility Society. Sebelum itu beliau pernah menjadi Professor Ob-Gyn dan Pengerusi Jabatan Ob-Gyn di Universiti of Tennessee, Memphis, Tennessee, USA.  Pernah menerima pelbagai anugerah termasuklah Association of Professors of Obstetrics and Gynaecology Public Recognition Award pada 1992. Seperti juga ramai professor lain dalam bidangnya yang mengagumi Al-Quran, Dr. Simpson juga amat kagum apabila mengetahui bahawa Al-Quran dan hadis Rasulullah mengandungi ayat-ayat yang berkaitan dengan kepakarannya. Beliau bertemu dengan Syeikh Abdul Majeed Al Zindani untuk membincang dan mengesahkan fakta-fakta saintifik di dalam  Al-Quran dan Hadis. 
2.   Dr. Simpson telah mengkaji hadis Rasulullah SAW seperti berikut:

 “Sesungguhnya seorang diantara kamu (setiap kamu) benar-benar diproses kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berwujud air mani; kemudian berproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal darah; lantas berproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal daging; kemudian malaikat dikirim kepadanya untuk meniupkan roh kedalamnya; lantas  janin itu ditetapkan dalam 4 ketentuan : 1. Ditentukan kadar rezekinya, 2. Ditentukan umurnya, 3. Ditentukan amal perbuatannya, 4. Ditentukan apakah ia tergolomg orang celaka ataukah orang yang beruntung“ (Hadis Riwayat Ahmad)

3.  Setelah memahami hadis Rasulullah di atas, Dr. Simpson merumuskan seperti berikut:

“………hadis-hadis ini tidak mungkin diperolehi daripada ilmu pengetahuan saintifik yang wujud pada masa ia dicatatkan. Ia bukan sahaja menyatakan bahawa tiada sebarang konflik diantara genetik dan agama Islam, malah agama Islamlah yang mungkin menjadi garis panduan sains hari ini melalui pendedahan-pendedahan oleh kaedah-kaedah asas saintifik…Wujud pernyataan-pernyataan di dalam Al-Quran yang dibuktikan pada kurun-kurun kemudiannya sebagai sah menunjukkan ilmu pengetahuan didalam Al-Quran sebenarnya datang daripada Tuhan.”

4. Salah satu dari firman Allah SWT dalam Al-Quran berkaitan dengan perkara yang menjadi sabjek pengkajian Profesor Simpson ialah dalam Surah Abasa [Bermasam Muka](80:17) yang berbunyi:
 

"Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? 

(80:18)



"(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? 

 (80:19)


"Dari air mani diciptakanNya, serta dibenytuknya dengan sempurna  keadaannya."

5.  Beliau telah menulis beberapa buah buku berkaitan dengan bidang gynaecology .  Antaranya ialah yang bertajuk "Genetics in Obstetrics and Gynecology" dan "Genetics (Basic Science Monograph in Obstetrics and Gynecology).

6. Seorang lagi saintis dalam bidang pengkajian janin manusia yang memeluk Islam di atas kesedaran kebenaran yang terdapat dalam ajaran Islam, samada kandungan Al-Quran dan juga hadis Rasulullah SAW.  Sesungguhnya manusia yang mencari kebenaran dalam hidup pasti akan mencari Islam sebagai agama untuk dianuti.  Ini kerana manusia yang hidup hatinya pasti akan mencari tuhan yang sebenar untuk mereka sembah.


            
                          Saksikan penjelasan Profesor Simpson 
                                   tentang kebenaran Al-Quran                                      
     
“Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) ak.u untukMu bukan untuk manusia.” – Mutiara Kata Saidina Umar Al-Khattab

No comments:

Post a Comment