Friday, 20 March 2015

KEBENARAN AL-QURANG TENTANG GEOLOGI - SAINTIS MASUK ISLAM BAHAGIAN 10




PROF. ALFRED KRONER

 


1.   Dalam Surah Fussilat [Pembukaan] (41:53) Allah SWT berfirman yang berbunyi:


“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

2.   Posting kali ini kita akan membicarakan tentang seorang tokoh geologis yang dikatakan menganut Islam kerana kagum dengan kebenaran dan ketepatan Al-Quran tentang ilmu geologi.  Ia membenarkan apa yang telah difirman Allah dalam surah di atas. Tokoh itu ialah Professor Alfred Kröner.  Beliau telah dilahirkan pada 8 September 1939 di Kassel, Jerman. Pada tahun 1977 beliau telah dilantik sebagai professor penuh dalam bidang geologi.  Seorang pesara Professor Geologi di Institut Geosains Universiti Johannes Gutenberg, Mainz Jerman. Beliau adalah salah seorang daripada saintis geologis terkemuka dunia.  Mula dikenali apabila mengkritik teori-teori saintis utama yang lain dalam bidang geosains.

3.    Beliau telah mendalami Al-Quran dan cuba memahami firman Allah dan sabda Rasulullah SAW.  Antara kandungan Al-Quran yang menarik perhatian beliau ialah firman Allah dalam Surah Al-Anbiya [Para Nabi](21:30) yang berbunyi:


“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”

Maksud ‘ratqan’ dalam ayat di atas mengikut  Ibnu Abbas ialah bahawa langit dan bumi pada asalnya bercantum kemudian ia dipisahkan oleh Allah SWT. Profesor Kroner menggunakan bukti ini untuk menjelaskan tidak mungkin manusia pada zaman Rasulullah lebih 1,400 tahun lalu mengetahui perkara ini. Ini kerana manusia hanya mengetahui tentang teori 'Big Bang' hanya beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi beliau, sudah tentu Al-Quran itu datang dari tuhan yang mencipta langit dan bumi.

4. Antara hadis Rasulullah SWT yang menjadi perhatian Profesor Kroner  ialah yang bermaksud:

POKOK MENGHIJAU DI BUMI ARAB

Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan terjadinya hari kiamat  sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai  dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut (kerana aman dan selamat) kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadinya banyaknya harj. Mereka bertanya apakah dia harj wahai Rasulullah SAW? Jawab Rasulullah, pembunuhan". (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim).
BANJIR DI BUMI ARAB

5.   Profesor Kroner ketika ditanya, apakah maklumat dari sabda Rasulullah SAW 1400 yang lalu bahawa bumi Arab akan kembali menjadi daerah yang subur dan dipenuhi kebun-kebun dan sungai-sungai benar-benar akan terjadi beliau menjawab dengan tegas: ”Ya!” kerana sebenarnya proses itu sekarang ini sedang terjadi. Era Salji Baru (New Snow Age) sebenarnya telah bermula. Salji di Kutub Utara sedang merangkak/bergeser perlahan-lahan ke arah selatan mendekati Semenanjung Arab.”

BERMAIN SALJI DI TANAH ARAB


6.Kini telah terbukti apabila salji telah beberapa kali turun di jazirah Arab sebagaimana diberitakan dalam media antarabangsa. Bahkan kini di Gurun Sahara pun telah mula menunjukkan fenomena yang menakjubkan di mana padang pasir ini telah mulai menghijau kembali dengan tumbuhnya rumput-rumput.

Gambar sebelah dirakamkan oleh  NASA di lokasi Jazirah Arab  atau Semenanjung Arab yang kelihatan terdapat di dalamnya bekas sungai dan danau yang terkubur di bawah tanah ribuan tahun yang lalu. Satu hari nanti Semenanjung Arab pasti akan kembali subur.

7. Antara kenyataan-kenyataan Dr.Kroner yang mengesahkan kebenaran Al-Quran dan sabda Rasulullah ialah seperti berikut:

7.1  “Sekiranya kamu gabungkan kesemua ini dan kamu gabungkan kesemua pernyataan Al-Quran dalam konteks yang berkaitan dengan bumi dan pembentukan bumi dan sains secara keseluruhannya, kamu boleh nyatakan secara umumnya bahawa pernyataan tersebut dalam pelbagai sudut adalah benar, dan ia dapat disahkan sekarang dengan menggunakan kaedah saintifik, dan secara umumnya, dapat kamu katakan bahawa Al-Quran adalah sebuah buku sains ringkas untuk manusia biasa. Dan pelbagai pernyataan yang terkandung di dalamnya semasa ia di sampaikan oleh Muhammad tidak mungkin dapat dibuktikan pada masa itu, tetapi kaedah saintifik moden kini mampu membuktikan apa yang dikatakan Muhamad 1400 tahun yang lalu”

7.2.  “Apabila memikirkan daripada mana Muhammad datang, iaitu seorang Arab Badwi, saya fikir adalah mustahil untuk beliau dapat mengetahui pelbagai perkara (hukum sains) seperti pembentukan alam semesta, kerana para saintis cuma dapat mengetahuinya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini dengan penuh kerumitan, itupun dengan penggunaan kaedah teknologi paling canggih.

7.3.   “Seseorang yang tidak mengetahui sesuatu mengenai nuklear fizik pada 1400 tahun yang lalu, saya fikir tidak sesekali mungkin dapat mengatakan sesuatu daripada pemikirannya bahawa bumi dan langit berasal daripada penciptaan yang sama, dan pelbagai lagi persoalan yang kita bincangkan disini.”

8.   Kejadian yang sedang berlaku dalam dunia hari ini tidak lain melainkan adalah untuk Allah membenarkan apa yang telah difirmankanNya seperti dalam Surah Fussilat di atas dan juga dalam Surah Shaad [Pembukaan](38:87) seperti  berbunyi:


 “Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.”

(38:88)

“Dan sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya tidak lama lagi.

9.   Kebenaran dan ketepatan Al-Quran dan sabda Rasulullah diatas tidak syak lagi adalah bukti nyata bahawa Muhammad itu benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah SWT.

10. Dikatakan Profesor Kroner telah memeluk Islam setelah mengakui kebenaran pernyataan aspek geologi dalam Al-Quran.  Subhanallah. Allahuakbar. 

                           Saksikan komen Professor Kroner tentang Al-Quran 
                                                dalam video di bawah:

                           


“Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa”. ~ Mutiara Kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah

No comments:

Post a Comment