Friday 13 March 2015

KEBENARAN TENTANG KULIT MANUSIA DALAM QURAN - SAINTIS MASUK ISLAM BAHAGIAN 3

1.   Saidina Umar Al-Khattab beriman kepada Allah selepas memperolehi hidayah (nur) dari Allah kerana membaca Surah Ta-Ha, iaitu Surah ke 20 dalam Al-Quran.  Professor Tejatat Tejasan pula memperolehi hidayah Allah kerana membaca terjemahan firman Allah dalam Surah An-Nisa [Kaum Perempuan](4:56) yang berbunyi:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
2.   Professor Tejatat Tejasen ialah seorang saintis dan pakar kulit. Beliau ialah Pengerusi Jabatan Anatomi, Universiti Chiang Mai Thailand dan  bekas Dekan Fakulti Perubatan universiti berkenaan. Permulaan hidayah Islam kepadanya bermula tatkala beliau menghadiri persidangan di Arab Saudi.  Beliau telah ditujukkan ayat-ayat Al-Quran berkenaan proses kejadian bayi dalam rahim ibu. Bagaimana pun beliau mengatakan  dalam catatan-catatan Kitab Tripitaka agama Buddha juga ada  penerangan tentang proses ini. Namun begitu setelah mengkaji kembali catatan-catatan kitab Buddha tersebut, beliau tidak menjumpai perkara berkenaan. 
KITAB AGAMA BUDDHA, TRIPITAKA YANG PERNAH DIRUJUK OLEH PROFESOR TEJATAT


3.    Professor Tejatat telah ditanya samada kajian beliau ada kaitan dengan penyelidikan oleh Professor Keith L. Moore, seorang saintis dan pakar embriologi dari Kanada. Beliau menjawab memang dia mengenali Professor Moore yang sangat dikenali didalam bidang embriologi. Professor Tejatat kemudiannya telah membaca artikel yang ditulis oleh Professor Moore dimana Profesor Moore telah memberikan pendapatnya bahawa banyak perkara yang terdapat di dalam Al-Quran yang sangat mempunyai persamaan dengan penemuan hasil kajian sains moden. Kemudiannya Profesor Tejatat telah diperlihatkan dengan terjemahan dari Surah An-Nisa seperti di atas. Beliau bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada fenomena dermatologi (kajian kulit) dimana sains moden baru sahaja menemui perkara ini. Fakta dari penemuan itu ialah bahawa kulit mengandungi semua penghujung saraf. Jika kulit terbakar dengan teruk dan ia  hangus sepenuhnya, seseorang akan hilang deria sakitnya dan tidak akan merasa sakit lagi. Allah SWT mengetahui ciptaannya itu.  Oleh itu ia akan menjadikan kulit baru untuk dibakar oleh api neraka supaya ahli neraka akan terus merasa kesakitan tetapi mereka tidak mati.

4.  Profesor Tejatat juga bersetuju bahawa tidak mungkin fakta dalam Al-Quran itu datang dari manusia, lebih-lebih lagi ia telah berusia lebih 1,400 tahun. Dari sini beliau mula menyakini bahawa Al-Quran itu datang dari pencipta manusia, iaitu Allah SWT. Profesor Tejatat kembali ke Thailand dan menyampaikan beberapa siri ceramah mengenai perkara baru yang beliau pelajari di Arab Saudi. Beliau kemudiannya sekali lagi pergi ke Arab Saudi untuk menghadiri Persidangan Perubatan ke-8 yang diadakan di Riyadh. Ia dihadiri oleh tokoh-tokoh perubatan terkemuka dunia. Beliau menghabiskan masa selama empat hari bersama pakar-pakar beragama Islam dan bukan Islam di dalam seminar untuk membincangkan tentang kandungan Al-Quran. Pada sesi terakhir seminar tersebut Profesor Tejatat telah berucap dan berkata seperti berikut:
 
Terjemahan:

“Selama 3 tahun lepas, saya berminat kepada Al-Quran...... Daripada kajian saya dan apa yang telah saya pelajari daripada persidangan ini, saya percaya bahawa apa yang dinyatakan oleh Al-Quran 1400 tahun dahulu adalah benar dan dapat pula dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Memandangkan Nabi Muhammad tidak boleh menulis dan membaca, Muhammad semestinya adalah seorang utusan yang menyampaikan kebenaran yang disampaikan kepadanya sebagai suatu wahyu oleh sesuatu yang layak dipanggil pencipta. Pencipta itu semestinya adalah Tuhan, iaitu Allah. Saya fikir ini adalah masanya untuk saya mengucapkan La ilaha illa Allah, tiada Tuhan yang disembah selain Allah, Muhammad itu adalah Pesuruh Allah. Akhir sekali saya mengucapkan tahniah atas pengajuran persidangan ini yang sangat cemerlang.....  Saya memperolehi faedah bukan sahaja dari aspek saintifik dan  keagamaan sahaja, tetapi peluang keemasan untuk menemui ramai saintis yang terkenal dan menjalin persahabatan dengan peserta-peserta. Perkara yang teramat berharga yang dapat saya perolehi daripada persidangan ini ialah "La ila ha illalah" dan menjadi seorang Islam."

Pengakuan keimanan kepada Allah SWT ini telah  disambut dengan laungan takbir, Allahu Akbar! dari para peserta persidangan tersebut.

                                     VIDEO PENGAKUAN SYAHADAH PROF. TEJATAT

5.  Seorang lagi saintis yang telah mendapat hidayah Allah SWT dan beriman kepadaNya hasil dari ilmu dan kepakaran yang dikurniakan kepada hambaNya.  Allah akan terus menerus menunjukkan kebenaran ajaran Islam seperti terkandung dalam qalamNya, iaitu AlQuran nul Qarim. 


“Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya: Orang yang suka menghina   orang lain, dia juga akan dihina: Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya: Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” - Mutiara Kata Saidina Umar Al-Khattab

No comments:

Post a Comment