Sunday, 29 March 2015

KENAPA ISLAM LARANG CABUT UBAN

 



1.  Tidaklah berkata-kata Rasulullah SAW melainkan ianya adalah wahyu dan petunjuk dari Allah SWT.  Justeru itu setiap apa yang diucapkan oleh Rasulullah tidaklah lain melainkan ianya semua benar belaka. Berkaitan dengan uban di kepala Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

"Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai melainkan setiap helai ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya." (Hadis Riwayat Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman)'

2.  Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya menyebutkan pembahasan  hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia. Lalu Ibnu Hibban membawakan hadis berikut: 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban).

3.   Pada tahun 2012, Dr. Ismael Galvan dari  Museo Nacional de Ciencias Naturales (Muzium Negara) di Sepanyol telah menjalankan kajian tentang uban. Dari hasil kajiannya didapati uban merupakan tanda seseorang yang akan mempunyai hayat hidup yang lebih panjang dan sihat. Tetapi lain pula bagi orang yang mempunyai rambut merah kerana ia menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mengidap kanser. "Pada manusia, melainkan kulit, rambut dan bulu merupakan jenis yang sama. Hal ini menghadkan pengetahuan pada kesan fisiologi pigmentasi". kata Galvan. Uban menandakan ketiadaan melanin. Pigmen atau melanin dihasilkan oleh sel-sel yang dipanggil melanocyte. Fungsi melanin ialah untuk menentukan warna rambut dan juga kulit manusia. Ertinya uban merupakan tanda hidup yang sihat. "Jauh dari tanda penuaan, uban menunjukkan keadaan yang baik", tegasnya. 

4.   Rasulullah melarang kita mencabut uban.  Hukum mencabut uban ialah makruh.  Berdasarkan sabda Rasulullah dan hasil kajian di atas, janganlah kita merasa malu kerana berambut uban.  Ada orang yang mewarna hitam rambut putih mereka, kononnya malu dilihat tua. Bukankah uban itu isyarat dari Allah SWT bahawa kita telah tua. Jika telah ada isyaratnya apa lagi yang hendak ditunggu. Lekas-lekaslah beramal untuk bekalan mati dan segera bertaubat kepada Allah. Lagipun setiap helai uban itu akan dicatatkan satu kebaikan.


"Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki" = Mutira kata Saidina Umar Al-Khattab

Sebahagian kandungan dari www.detikislam.blogspot.com

No comments:

Post a Comment