Saturday, 28 March 2015

BACAAN AL-QURAN: PENENANG JIWA DAN PENYEMBUH PENYAKIT



1.  Dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman dalam beberapa surah yang menjelaskan bahawa qalamNya itu adalah adalah penawar kepada penyakit manusia.  Antara firman itu ialah:

1.1.   Dalam Surah Yunus(10:57)  berbunyi:


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

1.2.  Dalam Surah Fussilat[Yang Dijelaskan](41:44) pula berbunyi:


Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).”

1.3. Dalam Surah Al-Israq [Memperjalankan Waktu Malam] (17:82) berbunyi:


“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan kepada orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”

2. Kebenaran firman-firman Allah SWT ini telah dibuktikan secara saintifik oleh seorang doktor psikologi, iaitu Dr. Yasir Qadhi. Beliau telah membuat penelitian yang panjang di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat. Hasilnya beliau berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Islam baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun tidak, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar. Penelitiannya dibantu oleh peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil ujikajinya beliau membuat kesimpulan bahawa bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam memberikan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

3.  Kajian Dr. Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarnya. Hasil uji kaji tersebut disokong pula oleh kajian dari Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 orang lelaki dan 2 orang wanita. Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah ayat-ayat Al-Qur'an.

4.  Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, iaitu membacakan ayat Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan ayat Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari ayat Al-Qur'an.

5. Ayat-ayat Al-Qur'an memberi pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Perkara ini telah disahkankan oleh Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam yang diadakan di Malaysia pada tahun 1997. Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang diperdengarkan kepadanya ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan tindak balas tersenyum dan menjadi lebih tenang.

6. Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada manusia.  Selain dari memperolehi pahala kerana membacanya, Al-Quran juga boleh menjadi penawar hanya kerana membaca dan mendegarnya.  Alangkah beruntungnya orang Islam yang memiliki Al-Quran.  Lazimilah membaca Al-Quran di rumah masing-masing.  Jadikan amalan mendengar bacaan Al-Quran semasa kita memandu. Selain dari menghilangkan rasa bosan kerana kesesakan jalanraya, mendengarnya juga boleh menjadikan kita lebih tenang dan tidak serabut dengan suasana jam di perjalanan. Lebih penting lagi kita memperolehi pahala percuma.




"Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan. Oleh kerana itu, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu juga benar tetapi jika niatnya salah maka perbuatan itu juga salah". ~ Mutaira kata Imam Nawawi

No comments:

Post a Comment