Monday, 16 March 2015

PENCIPTAAN MANUSIA DALAM KANDUNGAN IBU – SAINTIS MASUK ISLAM BAHAGIAN 6 (SAINTIS 3)

  
PROFESSOR DR. E. MARSHALL JOHNSON
1.  Dalam Surah Al Mukminun [Golongan Orang Beriman] (23:14) Allah berfirman yang berbunyi:



 “Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah.  Lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging.  Segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang.  Kemudian tulang belulang itu Kami balut dengan daging.  Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain.  Maha suci Allah pencipta yang paling baik."
 
2.   Dalam Surah Az Zumar [Rombongan] (39:6) pula Allah berfirman yang berbunyi:



 “Dia menciptakan kamu dari satu orang, kemudian menjadikan isterinya dari dirinya sendiri. Dia turunkan untukmu lapan jenis haiwan ternakan yang berpasangan. Dia menciptakan kamu di dalam perut ibu kamu tahap demi tahap dalam tiga kegelapan.  Begitulah Allah tuhan kamu, baginya segala kerajaan, tiada tuhan baginya.  Maka kenapa kamu dipesongkan?”



SHEIKH ABDUL MAJEED
3.  Tokoh ketiga yang telah memeluk agama Islam kerana pengkajian dalam bidang pembesaran janin manusia dalam kandungan ibu ialah Professor Dr. E. Marshall Johnson. Dr. Johnson ialah Professor Emeritus dalam bidang ilmu anatomi dan perkembangan biologi, Universiti Thomas Jefferson, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau telah berkhidmat di sana selama 22 tahun sebagai Pengerusi Jabatan Anatomi dan Pengarah Institut Daniel Baugh. Beliau telah menulis lebih dari 200 buah penerbitan. Dalam tahun 1981 beliau menghadiri Persidangan Perubatan Ke 7 di Damman, Arab Saudi. Beliau mula berminat dengan fakta saintifik dalam Al-Quran apabila suatu jawatankuasa khas dibentuk untuk menjalankan penyelidikan mengenai fakta-fakta saintifik dalam Al-Quran dan sunah Rasulullah. Pada mulanya beliau enggan menerima sebarang kewujudan fakta-fakta dalam Al-Quran dan sunah. Namun selepas mengadakan perbincangan dengan Sheikh Abdul Majeed Al-Zindani (berasal dari Yaman) beliau mula berminat dengan fakta saintifik berkenaan dan menumpukan kajiannya didalam perkembangan dalaman dan luaran janin.


4.  Ketika membentangkan kertas kajiannya dalam persidangan tersebut beliau telah merumuskan: 

 “Al-Quran bukan sahaja menjelaskan perkembangan (luaran) fizikal manusia, tetapi turut menjelaskan proses perkembangan dalaman manusia, perkembangan pada peringkat embrio, bagaimana ia dicipta dan pembesarannya, dengan menekankan fasa-fasa kejadian yang diiktiraf oleh sains moden hari ini.”

5.    Beliau juga telah berkata:
“Sebagai saintis, saya cuma boleh memahami akan perkara yang secara spesifiknya saya boleh lihat. Saya boleh memahami embriologi dan perkembangan biologi. Saya boleh memahami maksud yang diterjemahkan kepada saya daripada Al-Quran. Dengan mengambil contoh yang saya berikan sebelum ini, sekiranya saya bayangkan bahawa saya berada pada era tersebut (semasa Al-Quran diturunkan kepada Muhamad), meskipun saya merupakan seorang pakar perubatan pada masa itu, saya tidak mungkin dapat menerangkan apa yang diterangkan oleh ayat itu. Ilmu itu tidak mungkin berasal daripada manusia pada zaman itu.”
 
6.   Beliau juga dikatakan turut bersyahadah dan beriman kepada Allah SWT setelah mengkaji kandungan Al-Quran tentang proses pembesaran janin.

                                                                      
                             Saksikan penjelasan Profesor E. Marshall Johnson 
                                                tentang kebenaran Al-Quran

“Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.” ~ Mutiara Kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah

No comments:

Post a Comment